Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

missglam's.followers

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Saturday, April 3, 2010
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas
yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin
pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat
tumbuh...... "

honkhonkhonk!!!

0 tukang.komeng to Kisah Kasih Suami Pada Isteri:

Post a Comment