Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma
tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"
Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana
dan si anak cuma bagitau,
"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."
Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang
paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm stor..
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.
Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan
kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"
Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut
roda, ditambah bola hitam dan bola putih.
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.
Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru....
Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya
pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah
istimewanya bola itam dan bola putih!!?
Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga
diatak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk
kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"
Masa berlalu....
Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .
Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.
Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor jeeeee..
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan
bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!
Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai
awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai
seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga
menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui
tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu
sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang
baik."
Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU
BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan
...?)
Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat
bertahan dan masanya sudah hampir tiba....
"sebabnya ....saya.. saya... saya...."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih. Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat aku.
P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi korban
sorang-sorang je kan ...
0 tukang.komeng to Rahsia Bola Hitam putih:
Post a Comment